STUDIO RAYA TERMS AND CONDITION
1. Tempahan & Bayaran
1.1 Deposit sebanyak RM50 (tidak boleh dipulangkan) diperlukan untuk mengesahkan slot tempahan.
1.2 Tempahan hanya dianggap sah selepas deposit diterima.
1.3 Bayaran penuh mesti diselesaikan pada atau sebelum hari sesi fotografi.
1.4 Tempahan adalah berdasarkan slot masa yang dipilih.
1.5 Tiada bayaran = Tiada pengesahan tempahan.
2. Penjadualan Semula & Pembatalan
2.1 Penjadualan semula dibenarkan sekali sahaja dengan notis minimum 48 jam sebelum sesi.
2.2 Penjadualan semula tertakluk kepada kekosongan slot.
2.3 Permintaan kurang daripada 48 jam sebelum sesi akan menyebabkan deposit hangus.
2.4 Semua deposit adalah tidak boleh dipulangkan.
2.5 Kes kecemasan perubatan boleh dipertimbangkan atas budi bicara pihak pengurusan (dokumen sokongan mungkin diperlukan).
3. Lewat Hadir & Tidak Hadir (No-Show)
3.1 Pelanggan digalakkan hadir 10–15 minit lebih awal daripada waktu tempahan.
3.2 Kelewatan akan menyebabkan masa sesi dipendekkan.
3.3 Kelewatan melebihi 15 minit boleh menyebabkan sesi dibatalkan tanpa pemulangan bayaran.
3.4 Masa sesi tidak akan dilanjutkan atas sebab kelewatan pelanggan.
3.5 Pelanggan yang tidak hadir tanpa makluman akan kehilangan deposit dan tidak boleh menjadualkan semula.
4. Polisi Pakaian
4.1 Pelanggan perlu membawa pakaian sendiri.
4.2 Tiada perkhidmatan sewaan pakaian disediakan oleh studio.
4.3 THE PORTret tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan pakaian, kehilangan barang peribadi atau kecuaian pelanggan.
5. Perkhidmatan Makeup Artist (MUA)
5.1 Pelanggan yang menempah perkhidmatan Makeup Artist (MUA) mesti menghubungi kami melalui WhatsApp sejurus selepas membuat tempahan untuk menetapkan masa solekan.
5.2 Sistem tempahan kami tidak menghantar notifikasi automatik untuk pembelian add-on MUA. Adalah menjadi tanggungjawab pelanggan untuk memaklumkan kepada pihak studio.
5.3 Slot MUA hanya dianggap sah selepas pengesahan melalui WhatsApp daripada pihak kami.
5.4 THE PORTret bertindak sebagai orang tengah sahaja antara pelanggan dan MUA yang dipercayai.
5.5 THE PORTret tidak bertanggungjawab terhadap:
- Hasil solekan
- Reaksi alahan
- Kelewatan yang berpunca daripada MUA
- Sebarang ketidakpuasan hati berkaitan perkhidmatan MUA
5.6 Jika pelanggan lewat hadir untuk sesi solekan, masa fotografi tidak akan dilanjutkan.
6. Polisi Bilangan Pax & Kemasukan
6.1 Setiap pakej termasuk maksimum 6 orang, kecuali dinyatakan sebaliknya.
6.2 Kanak-kanak berumur 6 tahun dan ke bawah adalah percuma.
6.3 Individu berumur 7 tahun dan ke atas yang melebihi had pakej akan dikira sebagai pax tambahan dan tertakluk kepada caj tambahan.
6.4 Caj tambahan dikenakan bagi keluarga yang melebihi jumlah pax yang termasuk dalam pakej.
6.5 Pihak studio berhak mengehadkan kemasukan jika bilangan pax melebihi had pakej atau kapasiti selamat studio.
6.6 Kanak-kanak mesti berada di bawah pengawasan ibu bapa atau penjaga sepanjang berada di dalam studio.
7. Polisi Suntingan & Fail Gambar
7.1 Semua gambar yang diambil semasa sesi akan disunting dan dihantar kepada pelanggan.
7.2 Pemilihan gambar hanya diperlukan bagi tujuan cetakan (jika berkaitan).
7.3 Fail RAW / gambar tanpa suntingan tidak termasuk dalam pakej standard.
7.4 Permintaan fail RAW akan dikenakan caj tambahan RM20.
8. Penghantaran Gambar
8.1 Tempoh penghantaran standard adalah dalam masa 24 jam selepas sesi fotografi.
8.2 Semasa musim puncak Raya, penghantaran mungkin mengalami sedikit kelewatan bergantung kepada jumlah tempahan.
8.3 Gambar akan dihantar melalui pautan muat turun atau email atau galeri atas talian.
8.4 Pengguna Apple boleh memohon AirDrop untuk gambar tanpa suntingan hanya jika studio tidak berada dalam waktu puncak atau keadaan tergesa-gesa.
8.5 Perkhidmatan AirDrop adalah tertakluk kepada ketersediaan staf dan keadaan semasa studio.
8.6 Sebarang Printed items termasuk bingkai gambar dan album akan mula diproses setelah tamat peak season studio raya iaitu kebiasaannya berakhir selepas raya ke 7
8.7 Pelanggan dikehendaki menuntut printed item yang telah ditempah di studio dalam masa tidak lebih 30 hari setelah dimaklumkan oleh pihak studio
8.8 Bagi pelanggan yang perlu penghantaran terus ke rumah melalui pos perlu membayar sendiri kos penghantaran
9. Tanggungjawab & Liabiliti
9.1 Sebarang kerosakan harta benda studio akibat kecuaian pelanggan akan dikenakan caj ganti rugi.
9.2 Pelanggan bertanggungjawab memastikan kerjasama semua ahli keluarga semasa sesi berlangsung.
9.3 THE PORTret tidak bertanggungjawab atas sebarang kecederaan, kehilangan atau kerosakan kecuali jika terbukti berpunca daripada kecuaian pihak studio.
TERMA & SYARAT CABUTAN BERTUAH
- Cabutan bertuah terbuka kepada pelanggan yang telah membuat bayaran penuh bagi sesi photoshoot
- Setiap tempahan yang disahkan layak menerima satu (1) penyertaan kecuali dinyatakan sebaliknya.
- Warga kerja studio raya tidak layak menyertai cabutan bertuah secara langsung atau tidak langsung
- Pemenang akan dipilih secara rawak semasa sesi LIVE di akaun TikTok “Studio Raya Pekan Kangar.”
- Tarikh dan masa sesi LIVE akan diumumkan melalui platform media sosial rasmi kami.
- Pemenang mesti hadir semasa sesi LIVE pada waktu pengumuman dibuat.
- Jika pemenang yang dipilih tidak hadir, cabutan semula akan dibuat serta-merta dalam sesi LIVE yang sama.
- Hadiah tidak boleh dipindah milik dan tidak boleh ditukar dengan wang tunai.
- Keputusan yang dibuat semasa sesi LIVE adalah muktamad.
- Hadiah termasuk 1/4 Dinar Emas x3 unit, Barangan elektrik rumah, Exclusive Crystal Album x3, Bingkai gambar saiz besar 12x18 inci x10 dengan jumlah keseluruhan bernilai lebih RM5000
Studio Raya diuruskan oleh THE PORTret Studio di Kuorum Putrajaya, Kota Dame Damansara, Terusir Cafe Shah Alam, THE PORTret Kangar, Studio Raya Jitra, dan Studio Raya Pekan Kangar.
Dengan membuat tempahan dan bayaran, pelanggan dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju dengan semua Terma & Syarat di bawah.